Pendaftaran calon gantian bagi Kursus Perguruan Lepas SPM ambilan Jun 2011 telah diadakan pada 11 Julai 2011 serentak dengan Raptai Konvokesyen Zon Tengah dan Selatan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk konvokesyen, datang pula arahan untuk membuat pendaftaran tersebut. Namun syukur ke hadrat Ilahi, semuanya berjalan dengan lancar. Pendaftaran telah dijalankan di Asrama Lembah Pantai disebabkan berlangsungnya Majlis Perasmian Pameran Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang menyambut kedatangan Rektor IPG KPM sebagai tetamu kehormat di Dewan Za'ba.
Seramai 12 orang pelajar telah datang mendaftar dan pelajar telah dibahagikan kelas mengikut major masing-masing berdasarkan senarai nama yang diberikan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.
No comments:
Post a Comment