Alhamdulillah, berkat kerja keras dan usahasama 9 buah IPG dari zon tengah dan selatan telah berlangsungnya majlis yang gilang-gemilang iaitu Konvokesyen Peringkat Zon Tengah dan Selatan. Sebanyak 9 buah IPG yang terlibat iaitu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Perempuan Melayu dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Seramai 182 orang daripada IPG Kampus Bahasa Melayu yang tamat pengajian terlibat dalam konvokesyen kali ini. Mereka yang terlibat adalah daripada Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2009 dan Januari 2010, serta Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Kemas ambilan Mei 2007 dan Julai 2007.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan!!
No comments:
Post a Comment