Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

19 February 2013

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Kepada semua pelajar semester 7,

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia kepada pelajar semester 7 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

TARIKH   : 20 FEBRUARI 2013 (RABU) 
TEMPAT  : DEWAN ZA'BA 
MASA     : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

Nota :
1. Berpakaian rasmi.
2. Sila bawa kad pengenalan dan kad matrik.
3. Pelajar akan menerima 5 keping baucar RM50 yang berjumlah RM250.
4. Pelajar akan menerima 3 item :
     a- 5 keping baucar
     b- Sampul
     c- Kad Ucapan

03 January 2013

PERJUMPAAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS


PERHATIAN,

SATU PERJUMPAAN KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS BAGI SEMESTER 1/2013 AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH :

TARIKH : 4 JANUARI 2013 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN AMIR HAMZAH
MASA : 8.30 PAGI

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.

02 November 2012

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA

Perhatian kepada semua pelajar sepenuh masa iaitu PPISMP, PISMP (kecuali semester 8) dan DPLI, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia akan mula diedarkan pada hari Selasa iaitu 6 November 2012. Anda boleh mengambil kad tersebut mengikut kelas mulai tarikh tersebut.

31 October 2012

SIJIL ASAL SPM

Semua pelajar IPG KBM diminta membawa sijil asal SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada awal semester hadapan untuk tujuan penyemakan dan simpanan dalam fail peribadi di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kepada yang belum ada, sila ambil di sekolah masing-masing.

TIKET PENERBANGAN

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang tersenarai di bawah sila ambil tiket anda di Unit Kewangan, Blok B.

1. NOOR ASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN
2. NAIMAH ABDULLAH
3. AZRIE BIN SUNNY FOO BUKI
4. NORHAYATI FAZLINAH BINTI SUDIRMAN
5. SITI NABILAH BINTI SAJALI
6. HARYANTO BIN FRIDRICT
7. NICKASSIUS GIMBUN
8. RYVONICA JIKIM
9. RIDUAN BIN JUDIN
10. NOR SHAFILAH BINTI KASSIM
11. MOHD SYAFIQ SHOLEHAN BIN ABD KARIM
12. KHAIRUL BIN JUSMIN
13. ANDREW BIN JASININ
14. NORAWATI BINTI HAMID
15. NAJWA NABILAH BINTI ABDUL AMIT
16. NOR NADIA NABILAH BINTI MOHD NOR AZAN
17. NOOR ADILA BINTI AZIZ

24 October 2012

SEMOGA BERJAYA!!

Warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" kepada para pelajar IPG KBM.

19 July 2012

RAMADHAN MUBARAK

Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.

25 April 2012

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa kad matrik, tanda nama dan baju batik (kain untuk perempuan sahaja) untuk pelajar PPG Semester 1 telah siap dan sedia untuk diambil. Ketua kelas mewakili ahli di dalam kelas boleh datang ambil di pejabat Hal Ehwal Pelajar pada interaksi akan datang iaitu hari Sabtu 28 April 2012 bermula pukul 8.00 pagi.

Jadual waktu hari Sabtu (28/4/2012)

Sekian, terima kasih

30 March 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu. Anda semua dijemput datang untuk menuntut Baucer Buku 1Malaysia di Jabatan Hal Ehwal Pelajar bermula daripada 29 Mac 2012. Tarikh tamat penggunaan baucer tersebut adalah sebelum 30 April 2012. Sila dapatkan segera baucer anda sebelum terlambat.

12 October 2011

PERHATIAN

Kepada semua pelajar PISMP semester 2,

Anda dikehendaki menghadiri Majlis Penutupan Hari Anugerah Inovasi Pedagogi seperti butiran di bawah :

Tarikh   : 14 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Za'ba

Kehadiran adalah diwajibkan. Kedatangan akan diambil.

20 September 2011

MAKLUMAN

Tahniah diucapkan kepada 10 orang pelajar di bawah kerana telah mendapat markah tertinggi dalam Ujian Bertulis Kuiz Pelaburan PNB yang telah dijalankan pada bulan Ogos yang lalu. Pelajar-pelajar tersebut akan diberikan saguhati berupa RM150 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham Gemilang-Pendidikan.


Bil.
Nama
No. KP
1.
MOHD. ELMIN B MARISHMSUDIN
930219-13-6043
2.
WIRA B MOHD. JAMAL
920329-12-6533
3.
KHOR WEI LING
930927-08-5400
4.
CHANG ZIANG CHENG
911020-13-5015
5.
SAIDATUL AISHAH BT KHAIRUDDIN
930728-08-6224
6.
NYEOW KAI MING
931225-01-6413
7.
MUHAMMAD NAJIB B ZAKARIA
920302-12-5599
8.
MOHD. ASWAN B SANGKALA
930603-12-5939
9.
ABDUL HADI B ISA
930424-08-8479
10.
NURHAFIZAH BT KAMALUDIN
930720-01-6950



Sekalung tahniah juga diucapkan kepada 2 orang pelajar iaitu MOHD ELMIN B MARISHMSUDIN dan WIRA B MOHD JAMAL yang mendapat markah tertinggi dan akan mewakili IPG KBM dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir & Akhir di IPG Kampus Kota Bharu pada 4-7 Oktober ini.

19 September 2011

PERHATIAN

Kepada semua pelajar semester 8,


Sila isi borang Tapisan Keselamatan Kasar online yang boleh diakses di http://evetting.cgso.gov.my dengan SEGERA! Pastikan :
  • Ruangan alamat terkini diisi
  • Gambar pasport dimuatnaik (Gambar dengan pelbagai aksi tidak diterima)
  • Isi dengan HURUF BESAR
Kelewatan anda semua mengisi borang tersebut akan menyebabkan borang penempatan anda juga lewat diproses seterusnya anda akan lewat ditempatkan di sekolah. Ambil tindakan SEGERA untuk masa hadapan anda.

Sekian, harap maklum.

07 September 2011

PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu bapa dan waris kepada seorang pelajar KPLI j-QAF, Natasha Shazlin bt Abdullah telah meninggal dunia dalam kemalangan seminggu sebelum Aidilfitri. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi JHEP atau JAPIM. Sumbangan anda amatlah bermakna.

Sekian, terima kasih.

26 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

SALAM AIDILFITRI DARIPADA WARGA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR...




16 August 2011

PENGUMUMAN

TEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG KE SABAH & SARAWAK BAGI CUTI BULAN DISEMBER 2011

Adalah dimaklumkan bahawa tempahan tiket kapal terbang bagi pelajar-pelajar yang pulang ke Sabah & Sarawak untuk bercuti pada bulan Disember 2011 akan diuruskan oleh pihak Unit Kewangan IPG KBM. Borang tempahan boleh didapati di Jabatan HEP.

Setiap borang tempahan perlu disertakan dengan satu salinan yang disahkan :
1) SURAT TAWARAN
2) KAD PENGENALAN

Borang tempahan yang telah siap diisi perlu dihantar mengikut kelas oleh ketua kelas masing-masing. Hantar ke Jabatan HEP sebelum 15 September 2011.

MAKLUMAN

TUAN/PUAN,

SEMUA PPISMP semester 1
PPISMP 3A, 3B dan 3C

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang tersebut di atas akan terlibat dalam Koir Kemerdekaan pada 7-16 September 2011.

Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan akan diadakan seperti butiran berikut :
TARIKH   : 17 OGOS 2011 (RABU)
TEMPAT : Di hadapan pejabat HEP
MASA     :

9.00 pagi - PPISMP 3A
9.15 pagi - PPISMP 3B
9.30 pagi - PPISMP 3C
9.45 pagi - PPISMP 1A
10.00 pagi - PPISMP 1B
10.15 pagi - PPISMP 1C
10.30 pagi - PPISMP 1D
10.45 pagi - PPISMP 1E
11.00 pagi - PPISMP 1F
11.15 pagi - PPISMP 1G

KEHADIRAN ADALAH WAJIB!!

11 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN

IBADAH PUASA
  1. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
  2. Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
  3. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." 
  4. Disunnahkan kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  5. Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan  berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

01 April 2010

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PEMBINAAN LAMAN WEB

Mesyuarat pengurusan dan pembinaan laman web IPG KBM diadakan pada pukul 8.30 pagi di bilik mesyuarat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah IPG KBM.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Effendi dari MAMPU untuk membantu dalam usaha  membina laman web yang selamat, terkini dan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan untuk agensi kerajaan.

Semoga pada tahun 2010 ini seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu akan dapat melihat laman web IPG KBM yang setanding dengan laman web lain yang hebat.

26 February 2010

SALAM MAULIDURRASUL

HEP mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu.