Showing posts with label pendaftaran. Show all posts
Showing posts with label pendaftaran. Show all posts

10 January 2012

PENDAFTARAN KPLSPM & DPLI AMBILAN KHAS DISEMBER 2011

Isnin, 9 Januari - Bertempat di foyer Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah berlangsung satu sesi pendaftaran pelajar-pelajar baharu KPLSPM dan DPLI ambilan khas Disember 2011. Pelajar-pelajar baharu tersebut adalah guru-guru sandaran tidak terlatih yang telah berkhidmat di sekolah tetapi tidak mempunyai kelulusan ikhtisas pendidikan diberi peluang melanjutkan pelajaran.

Seramai 105 orang telah mendaftar pada hari pertama dan dianggarkan akan ada lagi yang akan mendaftar lewat. Guru-guru yang ditawarkan DPLI akan belajar selama satu setengah tahun manakala KPLSPM akan belajar selama lima setengah tahun. Selepas tamat pengajian mereka akan ditempatkan di sekolah sebagai guru tetap.

Kami mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar baharu !!

04 January 2012

PENDAFTARAN PISMP SEM. 1 2012

Rabu, 4 Januari - Satu sesi pendaftaran telah diadakan untuk pelajar-pelajar yang akan memasuki semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Januari 2012. Pelajar-pelajar ini telah berjaya menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 3 semester di IPG KBM ini. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan diharapkan lebih bersedia untuk menempuh alam baharu sebagai pelajar ijazah yang tentunya lebih banyak cabaran dan dugaan.

20 July 2011

Laporan Pendaftaran Calon Gantian KPLSPM ambilan Jun 2011

Pendaftaran calon gantian bagi Kursus Perguruan Lepas SPM ambilan Jun 2011 telah diadakan pada 11 Julai 2011 serentak dengan Raptai Konvokesyen Zon Tengah dan Selatan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk konvokesyen, datang pula arahan untuk membuat pendaftaran tersebut. Namun syukur ke hadrat Ilahi, semuanya berjalan dengan lancar. Pendaftaran telah dijalankan di Asrama Lembah Pantai disebabkan berlangsungnya Majlis Perasmian Pameran Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang menyambut kedatangan Rektor IPG KPM sebagai tetamu kehormat di Dewan Za'ba.

Seramai 12 orang pelajar telah datang mendaftar dan pelajar telah dibahagikan kelas mengikut major masing-masing berdasarkan senarai nama yang diberikan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.