24 April 2014

temuduga SPP pelajar tamat JUN 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Temu duga bagi kelompok pelajar yang tamat pengajian pada Jun ini iaitu Program DPLI j-QAF, DPLI SR KDC, KDPM KDC akan dijalankan di seluruh negara mulai 29 April 2014 hingga 27 Jun 2014. Penetapan pusat temu duga bagi program j-QAF dan program yang diikuti secara KDC adalah berdasarkan kepada bandar atau kampus IPGM yang berdekatan dengan sekolah di mana calon-calon menjalani latihan sekarang.

2. Temu duga kali ini juga melibatkan calon-calon yang selain diperaku dalam urusan terdahulu, sama ada gagal temu duga, hadir tidak ditemu duga atau tidak hadir temu duga khususnya bagi program j-QAF dan KDPM KDC. Bagi calon j-QAF di Semenanjung yang diberikan peluang kedua, temu duga mereka diaturkan di Putrajaya pada minggu hadapan.

3. Sehubungan itu calon-calon yang terlibat dalam temu duga ini termasuk mereka yang diberikan peluang kedua, untuk menyemak status panggilan temu duga secara berperingkat-peringkat di portal SPP mulai Jumaat ini. Jadual temu duga calon berkenaan boleh dirujuki di laman Muka buku JHEP IPGK BM.Sekian.

No comments:

Post a Comment