09 September 2013

PERTUKARAN PUSAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Tuan / Puan :
 Untuk makluman tuan/puan, terdapat tiga kumpulan peserta PPG yang berada di IPG kampus pada semester Jun 2013 iaitu :

a) PPG jun 2011 (semester 5)
b) PPG Febuari 2012 ( semester 4)
c) PPG ambilan khas Febuari 2013 ( semester 3)

Justeru :
Pertukaran pusat pengajian bagi semua kumpulan peserta PPG adalah tidak digalakkan kerana : -

1- elektif 1 telah bermula pada semester 3,4,5,6 manakala elektif 2 bermula pada semester 5,6,7,8

2- sekiranya elektif yang ditawarkan di IPGK yang dimohon tidak sama dengan elektif yang sedang diikuti peserta, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi pihak IPGM untuk memohon kelulusan dari mesyuarat senat.

3- Terdapat implikasi dari segi pengiktirafan dan penganugerahan ijazah

4-Permohonan pertukaran pusat pengajian adalah WAJIB melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK masing-masing supaya data-data pelajar dalam sistem penguruan kampus dapat diselaraskan .Surat permohonan pertukaran pusat pengajian tanpa melalui JHEP IPGK tidak akan dilayan.

No comments:

Post a Comment