06 June 2012

KONVOKESYEN JULAI 2012

Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) akan diadakan pada 10 hingga 13 Julai 2012 bersamaan 20 hingga 23 Sya'aban 1433 Hijrah bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya (PPj) Presint 3, Putrajaya.

TAHNIAH kepada semua graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya pada Jun 2011, November 2011 dan Jun 2012 serta layak dianugerahi Diploma Pendidikan atau Diploma Perguruan.
 
Program yang terlibat dalam konvokesyen ini ialah seperti berikut :
1) KDPM (KDC) SABK Ambilan Nov 2007
2) KPLI (KDC) SABK Ambilan Nov 2009
3) KPLI (KDC) P. KHAS Ambilan Nov 2009
4) KPLI SR Sepenuh Masa Ambilan Januari 2011
5) KDPM KEMAS Sepenuh Masa Ambilan Julai 2008
6) KDPM (KDC) SABK Ambilan Nov 2008
7) KPLI (KDC) P. KHAS Ambilan Nov 2010
8) KPLI SR j-QAF Ambilan Januari 2011
9) KPLI PERMATA Ambilan Jun 2010
10) KPLI PERMATA Ambilan Jun 2011
11) PPLD PERMATA Ambilan Jun 2011

Bayaran bagi yang hadir adalah RM 200 dan yang tidak hadir adalah RM 100. Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Wang Pos atas nama 'Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia' dan dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu. Sila simpan slip Wang Pos sebagai bukti pembayaran.

Kepada semua graduan yang terlibat anda semua perlu mengesahkan kehadiran di sini. Maklumat lanjut berkaitan konvokesyen boleh dilayari di Portal Konvokesyen.

Untuk makluman, pihak IPGM Cyberjaya telah menghantar surat konvokesyen kepada semua JPN untuk guru-guru memohon cuti. Pada masa yang sama pihak IPG KBM juga ada mengeluarkan surat jemputan konvokesyen untuk graduan keluaran IPG KBM. Salah satu surat boleh digunakan untuk memohon cuti.
Surat jemputan konvokesyen untuk memohon cuti boleh di muat turun di link di bawah.
Surat Jemputan Konvokesyen.

Jubah boleh diambil di IPG Kampus Bahasa Melayu dalam tempoh seminggu sebelum konvokesyen iaitu daripada 2-6 Julai 2012.
Borang untuk pengambilan jubah dan kebenaran wakil mengambil jubah boleh didapati di Portal Konvokesyen. 

1 comment:

  1. salam..bila akan dapat surat panggilan konvo?
    ini utk urusan permohonan cuti (memandangkan konvo pada waktu persekolahan) dgn guru besar.
    Terima kasih

    -kpli2011-

    ReplyDelete