07 March 2012

KONVOKESYEN PISMP AMBILAN 2008



Tahniah kepada pelajar-pelajar PISMP ambilan 2008 yang telah berjaya menamatkan pengajian di IPG KBM.
Majlis Istiadat Konvokesyen akan diadakan seperti butiran di bawah :

TARIKH   : 12 MAC 2012 (PENDAFTARAN & TAKLIMAT)
                 13 - 14 MAC 2012 (ISTIADAT KONVOKESYEN)
TEMPAT : DEWAN PERDANA, PICC, PUTRAJAYA

Semua bakal graduan perlu mengesahkan kehadiran anda di laman web KONVOKESYEN 2012. Segala maklumat berkaitan konvokesyen terdapat dalam laman web berkenaan dan anda juga perlu mengisi Borang Pengesanan Graduan di laman web IPGM KPM. Sila ikut arahan yang tertera pada laman web berkenaan.

Jubah konvokesyen boleh diambil di JHEP, IPG KBM dari 5 - 9 Mac 2012. Sila bawa Borang Kebenaran Mengambil Jubah dan resit bayaran semasa mengambil jubah. Pemulangan jubah boleh dibuat dalam tempoh seminggu selepas majlis konvokesyen berakhir dan denda RM10 sehari akan dikenakan jika melepasi tempoh yang diberi.

No comments:

Post a Comment