01 April 2010

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PEMBINAAN LAMAN WEB

Mesyuarat pengurusan dan pembinaan laman web IPG KBM diadakan pada pukul 8.30 pagi di bilik mesyuarat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah IPG KBM.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Effendi dari MAMPU untuk membantu dalam usaha  membina laman web yang selamat, terkini dan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan untuk agensi kerajaan.

Semoga pada tahun 2010 ini seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu akan dapat melihat laman web IPG KBM yang setanding dengan laman web lain yang hebat.

No comments:

Post a Comment